dana bayar PTPTN....please click....

Wednesday, February 1, 2012

My son is my pride & joy

Four friends, who hadn't seen each other in 30 years, reunited at a party. After several drinks, one of the men had to use the rest room. Those who remained talked about their kids.

The first guy said, 'My son is my pride and joy.He started working at a successful company at the bottom of the barrel. He studied Economics and Business Administration and soon began to climb the corporate ladder and now he's the president of the company. He became so rich that he gave his best friend a top of the line Mercedes for his birthday.'

The second guy said, 'Darn, that's terrific! My son is also my pride and joy. He started working for a big airline, then went to flight school to become a pilot. Eventually he became a partner in the company, where he owns the majority of its assets He's so rich that he gave his best friend a brand new jet for his birthday.'

The third man said: 'Well, that's terrific! My son studied in the best universities and became an engineer. Then he started his own construction company and is now a multi-millionaire. He also gave away something very nice and expensive to his best friend for his birthday: A 30,000 square foot mansion.'

The three friends congratulated each other just as the fourth returned from the restroom and asked: 'What are all the congratulations for?' One of the three said: 'We were talking about the pride we feel for the successes of our sons. .What about your son?'

The fourth man replied: 'My son is gay and makes a living dancing as a stripper at a nightclub.' The three friends said: 'What a shame... what a disappointment.'

The fourth man replied: 'No, I'm not ashamed. He's my son and I love him.
And he hasn't done too bad either. His birthday was two weeks ago, and he received a beautiful 30,000 square foot mansion, a brand new jet and a top of the line Mercedes from his three boyfriends.'

Thursday, November 10, 2011

Personality Test



let's try...
i saw passionate..naive..charismatic..honest..thoughtfull

Friday, October 28, 2011

Power of Word VIII

The failure of a relationship does not imply personal failure.
-Fahrizal-

Thursday, October 27, 2011

Amalan Yang Baik

Di sebuah negara yang mengamalkan sistem beraja. Yang mana raja tersebut sangat adil dan saksama dalam pemerintahannya. Pada satu hari, raja tersebut mengarahkan 3 menteri kanannya untuk mencari buah di hutan, satu karung.

Menteri pertama dengan sungguh-sungguh masuk hutan, bersusah payah panjat pokok untuk dapatkan buah yang terbaik dan yang paling segar. manakala menteri yang kedua, agak malas dan meremehkan perintah raja tersebut. Dia hanya kumpulkan buah-buahan yang ada dibawah, kotor dan agak busuk. menteri ketiga paling malas sekali. dia fikir raja tak akan sempat lihat karung kerana sangat sibuk, maka dia kumpulkan dedaun dan ranting.

mereka semua mengadap raja. maka raja hanya memeritahkan "makanlah apa yang kamu kumpulkan tadi". Pengajaran daripada cerita ini adalah, ketahuilah Allah tidak perlu apa pun daripada amal-amal kita tetapi semuanya akan kembali kepada diri kita sendiri. Siapa yang beramal dengan bersungguh-sungguh maka dia akan menikmati buah amalnya di dunia dan akhirat dengan sangat memuaskan. Tapi  bagi amalnya hanya sisa. alakadarnya atau seperti sampah maka itu pula yang akan kembali pada dirinya.

semoga perumpamaan ini jadi bahan renungan amal diri kita kerana tak ada yang tertukar/meleset. semuanya akan kembali kepada kita semula.

p/s: Ilmu tanpa amal ibarat pohon kayu yang tidak berbuah..

Kolenel Muamar Gadaffi: Singa Afrika

Dimensi Lain Tentang Muamar Gadafi

ANAK TERBAIK BUMI AFRIKA





JAWAPAN SAYA KEPADA TUAN




Tuan yang saya muliakan:

Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya.

Tuan yang saya muliakan,

Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya.

Saya juga sedar Gadaffi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70’an dahulu. Sokongan dana dan diplomatik untuk PLO, Japanese Red Army, IRA dari Ireland Utara, ETA dari Sepanyol – termasuk juga menyokong dan memberi dana dan senjata kepada Moro National Liberation Front dari Mindano.

Dalam masa yang sama - saya amat sedar bahawa ruang demokrasi amat sempit di Libya. Saya sedar Gadaffi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gadaffi naik tahtha kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi.

Malah ketika Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), ABIM, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) - mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun tujuh puluhan dahulu – saya secara sinis telah mentertawakan kumpulan kumpulan ini. Ketika ini Gaddafi sedang menjual agama dengan Buku Hijaunya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao pada ketika itu ada Buku Merah. Saya tersenyum sinis apabila melihat kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Saya perhatikan mereka memiliki kecetekkan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas.

Ini berlaku lebih dari 30 tahun dahulu. Ini ketika saya telah bangun menyokong perjuangan adil rakyat Vietnam. Kita saya menyokong pejungan rakyat Kamboja. Kita kami anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestine dan warga Afrika Selatan. Ketika ini anak muda seluruh dunia sedang bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika.

Biar saya jelaskan disini. Saya tidak pernah menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. Sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealoji kiri seperti di Russia dan di China, atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel. Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa.

Tuan yang saya hormati,

Disini biar saya luaskan pandangan siasah agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijaunya atau dengan Libya wujud tanpa pilihanraya. Saya ingin membuka wacana yang lebih luas. Dalam bahasa German, saya ingin membuka wacana realpolitik – politik yang dieja dengan huruf k. Saya harapkan apa yang saya huraikan ini akan membuka fikrah kita bersama untuk melihat tanda dan makna politik yang sedang berlaku dihadapan mata kepala kita.

Tuan yang saya hormati,

Libya ialah anggota OPEC – negara pengeluar minyak. Ertinya Libya negara kaya. Ertinya jika duit minyak tidak digunakan secara membazir. Atau digunakan hanya untuk isteri Gadaffi membeli intan berlian dari kedai Jacob di New York atau membeli beg tangan Jane Birkin – sudah pasti warga Libya tidak hidup lumayan. Ini tidak berlaku di Libya justeru pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika.

Sebagai anggota OPEC kelihatan Libya dibawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia. Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepali oleh Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah. Amat jelas - Raja Saudi adalah budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga Makam Nabi. Dasar Saudi yang pro Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gadaffi.

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah dalam politik antarabangsa Gadaffi ini ialah sosok anti imperialis. Justeru sokongan Libya terhadap gerakan pembebasan antarabangsa pada tahun tahun 70an dahulu wajib dilihat dalam konteks ini. Kerana anti imperialis ini Gadaffi ialah ‘ budak jahat’ dalam kitab rujukan Rumah Puteh. Kolonel ini tidak disukai oleh kuasa Anglo-Amerika. Kolonel Gadaffi tidak disukai oleh Shell, Esso, BP atau Cheveron Oil – kerana semua syarikat ini dikekang dari masuk menjarah minyak di Libya.

Dalam pandangan geopolitik kaum imperialis dan kaum pemodal antarabangsa Gaddafi telah membuat beberapa kesalahan. Biar saya terangkan kesalahan Gadaffi ini. Kesalahan-kesalahn inilah yang membuatkan bala tentera NATO datang menyerang Libya dan membunuh Gadaffi.

Tuan yang saya muliakan biarkan saya senaraikan satu demi satu kesalahan Kolonel Gadaffi ini. Di harapkan tuan akan terbuka mata dan hati untuk memahami siasah dunia dengan lebih lengkap. Jika tuan memahami ini maka saya berharap tuan memahami kenapa saya menyokong Gadaffi.

Pertama:
Gaddafi telah mengeluarkan dana lebih dari 300 juta dolar Amerika untuk membuat sistem Satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara-negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat-syarikat Eropah. Saban tahun sebelum adanya sistem Satelit Afrika ini – negara negara Afrika terpaksa membayar 500 juta dolar satu tahun harga sewaan. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap mata pendapatan sebanyak 500 juta dolar setahun.

Kedua:
Gadaffi telah merancang untuk menubuhkan AMF – African Monetary Fund. Lembaga AFM ini berperanan seperti International Monetary Fund (IMF)– meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan. Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi Along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua ini.

Lembaga AFM ini juga akan mewujudkan Central Bank of Africa yang beribu pejabat di Abuja Nigeria. Ini bererti nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau ero. Dengan wujudnya Central Bank of Afrika ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika.

Gadaffi juga akan mewujudkan Africa Bank of Investman a yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini ialah untuk mencari modal dan melabor di negara-negara Afrika. Semua lembaga keewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011. Semua perancagan telah berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditanda tangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato.

Ketiga:

Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afriak bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran pecuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal. Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkurang pula pengaruh kuasa pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh para ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau Emperor seperti Bokasa.

Melalui Lolonel Gadaffi kesatuan African Union menjadi satu organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak Gadaffi telah menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika. Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai satu yang bahaya. Sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri maka kaum pemodal antrabangsa dan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan.

Tuan yang saya hormati,

Tiga pekara yang telah dilakukan oleh Gadaffi ini telah dengan terang-terang menentang kepentingan kaum kapitalis antrabangsa. Semua ini adalah jenayah Gadaffi terhadap kaum pemodal antrabangsa. Semua ini adalah kesalahan Gadaffi terhadap imperialis Anglo-Amerika. Jelas, apa yang saya tuliskan bukan jenayah Gadaffi terhadap warga Libya. Ini bukan bermakna Gadafy ini seorang sosialis – tidak. Apa yang Gadaffi lakukan ialah secara jujur dia ingin membebaskan Afrika dari cengkaman kaum pemodal antarabangsa.

Tuan yang saya hormati,

Pekara yang saya tulis ini tidak akan dilaporkn oleh CNN, BBC, New York Times , Washington Post atau pun Utusan Melayu. Tidak ada media arus perdana yang berani menyentuh pekara ini. Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan bahawa warga Libya telah bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul?

Saya hanya ada satu pemintaan kepada tuan yang saya hormati. Sila cari gambar, sila cari klip di YouTube, sila selidiki semua media dunia – adakah pernah tuan ternampak beribu-ribu anak anak muda berkumpul menentang Gadaffi seperti di Dataran Tahrir? Adakah tuan pernah terlihat gambar puluhan ribu rakyat Libya berdemo menentang Gadaffi seperti demo Bersih 7 Julai dahulu? Atau ternampak gambar beribu-ribu anak anak muda berdemo dan terus bermalam berminggu-minggu di Benghazi?

Tidak. Tuan jangan membuang masa. Imej ribuan anak muda Libya berdemo ini tidak wujud. Kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gadaffi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya. Sejarah Libya ini tidak tamat disini.

link:http://tukartiub.blogspot.com/2011/10/al-fatihah-untuk-gaddafi.html

Wednesday, October 5, 2011

The 7 Habits of Highly Happy People

1. Be part of something you believe in- This could be anything. People may take an active role in their local city council, find refuge in religious faith, join a social club supporting causes they believe in or find passion in their careers. In each case the psychological outcome is the same. They engage themselves in something they strongly believe in. This engagement brings happiness and meaning into their lives.



2. Share time with friends and family - A happy life is a life shared with friends and family. The stronger the personal relationships are and the higher teh frequency of interaction, the happier a person will be.

3. Reflect on the good - Quite often people concentrate too much of their attention on negative outcomes and leave no time to positively reflect on their successes. it's natural for a person to want to correct undesirable circumstances and focus closely and doing so, but there must be healthy balance in the allocation of personal awareness. A continous general awareness of your daily successes can have a noticeably positive affect on your overall emotional happiness.


4. Exploit the resources you do have access to - The average person is usually astonished when they see a physicallyhandicap person show intense signs of emotional happiness. How could someone in such a restricted physical state be so happy? The answer rest in how they use resources they do have.

5. Create happy endings whenever possible - the power of endings is quite remarkable. The end of any experience has a profound impact on a person'd overall perception of the experince as a whole. People always remember the ending. Always tie loose ends, leave thing on a good note, and create happy endings in your life whenever possible.



6. Use personal strengths to get things done - everyone possesses unique personal strengths. we all have different talents and skills sets. emotional happiness comes naturally to those who use thier strengths to get thins done. the state of completion always create a sense of achievement.

7. Savour the naturally joy of simple pleasures - The best thing in life are free. They come in the form of simple pleasures and they appear right in front of you at various locations and abitrary times. it's all about taking a moment to enjoy the sunset, smell the flowers or hold the hands of someone you love. Noticing these moments and taking part in them well bring bursts of happiness into your life.    

Friday, September 9, 2011

my family (2011)









p/s: to my sisters, make sure next year "balik kampung"..

Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA


SEMOGA RAMADHAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH
DAN DIBERI KESEMPATAN UNTUK BERTEMU DENGAN RAMADHAN PADA TAHUN DEPAN

p/s: tahun memberi duit raya, tauan menadah tangan, collect duit raya dah tamat...

Thursday, August 25, 2011

Mana Mak???



Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 


Ateh  menjawab, “Entah.” 


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
 
sumber: http://martinellihashim.blogspot.com/2011/06/mana-mak.html 

Tuesday, August 23, 2011

Karut Marut Budaya & Amalan Masyarakat Melayu Ketika Ramadhan dan Syawal

menghitung hari..detik demi detik.....itu la situasi majoriti masyarakt Islam Melayu di Malaysia. Menghitung hari nak RAYA. macam-macam persiapan dah buat..baju kurung tak usah cakap la..3-4 pasang, kuih??lagi tak yah cakap, siap bawa pegi office bisnes kuih raya. tu la gambaran serba sedikit keadaan bila nak dekat raya.

sedar@tak sedar, apabila timbulnya anak bulan syawal, ini bermakna ganjaran yang Allah bagi pada kita sudah tertutup untuk tahun tersebut. tidakkah kita merasakan ianya satu kerugian??? adakah Ramadhan kita pada tahun tersebut betul-betul mantap dan terbaik berbanding yang lepas??adakah persiapan RAYA kita seiring dengan amal ibadat yang kita lakukan ketika Ramadhan?? tepuk dada tanya Iman..

kita fokus pada tajuk entry ini, yang atas tu sekadar mukadimah..huhuuhu..masyarakat Melayu adalah masyarakat yang kaya dengan pelbagai budaya dan dalam masa yang sama juga budaya masyarakat Melayu juga banyak terbina atas dasar agama Islam dan Hindu. Ramadhan adalah bulan yang mulia disisi Islam, tetapi disebabkan daya pemikiran masyarakat Melayu yang "kreatif" telah menjadikannya sesuatu yang diluar landasan. perkara-perkara ini hanya berlaku di dalam bulan Ramadhan sahaja.

Panjut??panjut hanya akan ada dalam bulan ramadhan sahaja tak ada dalam bulan lain. kenapa dibulan ramadhan je ada panjut? orang-orang tua pernah bagitau, tujuan panjut dipasang adalah untuk bagi cahaya pada malaikat datang ke rumah kita...huhuhuhu...tidak kah mereka terfikir malaikat tu sendiri telah diciptakan dari cahaya..so untuk apa lagi cahaya..personally pada aku, pasang panjut adalah satu pembaziran yang besar, harga minyak tanah sangat mahal. beli minyak tanah untuk panjut tidak mengeluh, tapi bayar zakat fitrah sekapala RM7 mengeluh 2-3 hari..



pernah dengar malam 27 likur??? waktu aku kecik dulu, zaman berhingus, malam 27 likur atau malam 27 ramadhan adalah malam yang sangat happening. mana tak nya, pada malam tu seluruh kuala kangsar bermandikan lampu minyak tanah. buat pesta panjut. siap ada pertandingan lagi. siapa menang dapat hadiah. atas bukit depan jambatan Iskadar, kuala kangsar selalunya tu port panjut untuk kilang Tamin. tetapi tak lama lepas tu, pesta panjut tak diadakan lagi, tetapi berita yang aku dengar budaya songsang dan membazir ini hendak dihidupkan semula. Rasulullah dah jelaskan dalam hadis, bahawa lailatul qadar akan tiba pada malam ganjil, tetapi kita malam tersebut pergi tengok pesta panjut...fikirlah sendiri..nk hidupkan semula @ tak budaya ni..

mercun, bunga api, meriam...ni pun satu lagi budaya membazir dan ciplak dari budaya masyarakat lain. kenapa bulan ramadhan dan syawal sinonim dengan mercun, meriam, bunga api?? kadang-kadang kita masyarakat Melayu ni lagi lebih lagi main mercun daripada pelopor asal budaya ini, masyarakat Cina. masyarakat cina membakar mercun adalah untuk mengikut kepercayaan agama mereka. kita bakar mercun untuk mengikut pegangan apa??? remaja-remaja dan pemuda-pemuda di Palestin, mereka kudung tangan, kaki, buta adalah sebab berjuang untuk menegakkan Islam, tetapi remaja dan pemuda Malaysia kudung tangan, buta disebabkan main mercun buatan sendiri..



Pemberian duit raya adalah satu bentuk amalan yang baik, iaitu bersedakah. walaupun ianya adalah adaptasi daripada budaya masyarakat Cina, tetapi Islam telah menghormonikan budaya ini. tetapi pemberian duit raya ni dilakukan pada masa dan waktu yang tidak sesuai. mari kita lihat antara amalan yang sangat digalakkan ketika bulan Ramadhan adalah bersedekah. bukan di bulan syawal. kenapa kita tak mengambil peluang besar yang Allah bagi pada kita yang mana Allah akan melipat kali gandakan pahala orang bersedekah di bulan Ramadhan tetapi kita berebut-rebut nak bersedakah di bulan lain tetapi ganjarannya tidak sebesar di bulan Ramadhan. Arwah opah(belah ayah), dia akan bagi duit raya pada cucu-cucunya termasuk aku sebelum beberbuk puasa hari terakhir berpuasa.sepatut dan sebaik-baiknya ini adalah amalan yang paling tepat.

bulan puasa juga adalah bulan artis pakai tudung...bila ditanya adakah akan mengekalkan imej sebegini selepas bulan puasa? dengan penuh yakinnya golongan ini akan menjawab, tampil dengan imej sebegini adalah untuk menghormati bulan Ramadhan. damm answer!!! tak tahu @ buat-buat tak tahu, tutup aurat adalah wajib bagi setiap orang muslim tak kira bulan mana sekalipun. adakah mereka hanya hormat dan takut pada Allah pada bulan Ramadhan sahaja manakala pada bulan lain mereka "menongkat langit"???

pada siapa yang ingin tambah lagi karut marut budaya melayu ketika ramadahan dan syawal ni, sangat dialu-alukan. sila berikan pandang di ruangan komen...sekian..

p/s: OPS SIKAP, termasuk juga ke dalam karut marut ni???hehehe